Alhamdulillah semenjak Homestay Nina dibuka, semua ahli keluarga telah mengambil peranan masing-masing. Kiranya ini adalah usaha sekeluarga. Kadang-kadang terfikir juga, boleh cari makan ke dengan membuka homestay ni? maklumlah sekarang ini begitu banyak homestay yang berada di Kuala Berang ni. Kiranya aku ni merupakan pemain baru. Kalau ikutkan isteri, dia mahu sewakan sahaja rumah tu kepada penyewa dan tak perlu pening kepala memikirkan bagaimana nak cari customer. Tapi bagi aku, homestay ini aku anggap sebagai satu perniagaan. Sebagai peniaga, inilah peluang aku untuk membuat pahala dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada ramai orang.
Konsep berniaga adalah rezeki dari Allah. Kita tidak tahu rezeki kita untuk hari esok. Allah maha berkuasa dan Maha Pemberi rezeki kepada hamba-hambaNya. Bila-bila masa sahaja Allah nak gerakkan customer yang mencari homestay untuk menghubungi aku, tiada siapa yang tahu. Ambil konsep peniaga kedai makan. Tiba di satu tempat yang banyak kedai makan, kita sendiri digerakkan oleh Allah untuk memilih kedai yang kita ingin pergi sedangkan begitu banyak kedai-kedai lain yang kita lepasi sebelumnya.
Homestay Nina ni baru, amat baru. Tempahan pun hanya di kalangan rakan-rakan sahaja. Belum lagi menerima tempahan daripada orang yang selain rakan-rakan. Mungkin belum rezeki lagi. Dalam service oriented, physical evident amat penting. Customer satisfaction menjadi perkara wajib. In business, marketing cost is very expensive. Marketing is about how to fill customer need. That easy rather than created product and find the customer. Tanpa marketing strategy yang berkesan, maka sukar untuk customer mengenali product kita walaupun product yang kita tawarkan itu amat baik dan berkualiti. Nampak caranya aku kena selak semula buku-buku Ilmiah yang dah berabuk ...hehehe.
Anak aku yang sulung ada bakat seni dan kreatif. Gambar-gambar yang dia ambil aku kongsikan di sini untuk memberikan gambaran lebih jelas Homestay Nina. Oppss... sebelum terlupa, nak bagi tahu sempena Ramadhan yang bakal menjelang tiba, Homestay Nina telah mengambil keputusan untuk menurunkan harga penginapan semalam. Kalau pada hari biasa ialah RM180/night, sekarang ni telah turun kepada RM150/night. Kemudahan tetap sama, tetapi lebih kepada promosi untuk new customer sebagai pengenalan. Selepas bulan Ramadhan, kemungkinan harga akan kembali kepada asal ataupun kekal dengan harga ini, tiada siapa yang tahu lagi.
HARGA PROMOSI UNTUK SEPANJANG BULAN RAMADAN KEPADA MUSLIN SAHAJA
RM150.00 / NIGHT dengan kemudahan yang sama. Harga biasa RM180 / Night.
Untuk melihat gambar dan kemudahan yang disediakan, sila baca posting sebelum ini.
RM150.00 / NIGHT dengan kemudahan yang sama. Harga biasa RM180 / Night.
Untuk melihat gambar dan kemudahan yang disediakan, sila baca posting sebelum ini.
No comments:
Post a Comment