HOMESTAY NINA

Monday, May 6, 2019

Homestay Nina di dalam mudah.my

Hari ni aku mula berjinak-jinak dengan advertisement engine untuk mengiklankan Homestay Nina. Buat permulaan aku iklankan di dalam mudah.com. Ada juga register dengan agoda dan booking.com, tetapi masih lagi belum selesai kerana masih belum lagi study rules and regulation untuk kedua-dua search engine ni.

Alhamdulillah setakat ni sudah ada yang menempah homestay nina. Kawan aku tempah bermula 03 - 08 Jun 2019. Ada jiran homestay nina juga tempah pada 25 - 27 Julai 2019 dan ada seorang yang tempah pada 30 - 31 Ogos 2019. Semua sudah membayar harga booking. Setakat ni hanya kawan-kawan sahaja yang membuat tempahan kecuali yang tempah pada 30-31 Ogos 2019 tu yang contact melalui group FB homestay. 

Pada pendapat aku Homestay Nina masih kurang dikenali lagi kerana ianya masih baru dan competition cukup banyak.  Compare to the competitor, I think my homestay is cheaper and I think it is below market price at my place. I have my own reason why my homestay price per night is cheaper.  Apa yang peting aku ingin menawarkan rumah yang selesa dengan harga yang rendah kepada anak perantau yang berpendapatan sederhana yang ingin bercuti  pulang ke kampung sekali sekala ataupun mereka yang ingin bercuti sekali sekala. 


No comments:

Post a Comment